ASSALAMUALAIKUM
"Kau nie tak ikut trend la. sekarang trend orang pakai seluar cikang, baju nak colour block je and tudung ala-ala dato' siti gitu. tapi kau? baju longgar, seluar besar and tudung labuh. eeii.. tak de style langsung!"
"kau tak teringin ke nak pakai baju macam aku? kan cantik nie. buang la baju kau yang besar tu. tak de style la."
kenapa kena pakai baju dan seluar yang longgar? perlu ke?
eh! haruslah! sebagai seorang wanita yang beragama ISLAM, kita haruslah menutup aurat kita. bukan sahaja menutup, tetapi haruslah menutup dengan sempurna.
1) TUDUNG MENUTUPI DADA
tudung menutupi dada tidak semestinya anda kena pakai tudung 'labuh bulat' tuu. pakai tudung bidang 90, tudung bidang 60 atau pun tudung bidang 45 pun boleh. nak pakai shawl? boleh! takda masalah. tetapi kita harus ingat, tudung yang dipakai mestilah dapat menutupi bahagian dada kita dengan sempurna.
pakai kotak pun boleh tau. ^_^
2) BAJU LONGGAR
baju longgar ini dipakai untuk menyembunyikan tubuh badan kita daripada menjadi tontonan umum.
baju longgar tak cantik? eh? siapa cakap? sekarang dah ada banyak kedai yang jual baju longgar yang cantik-cantik tau. harga pun berpatutan. tak mahal sangat dan tak murah sangat oke la tu.
kalau badan kita saiz M, kita pakai la baju saiz L. klo badan kita saiz L, kita pakai la saiz XL. ala~ bukannya besar sangat pun, besar sikit je. nampak lagi manis kalau pakai macam ni. so sweeett~ :*
jangan pula kita pakai baju ADIK. kecil, ketat dan sendat.
3) BERSTOKING
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]
apa maksud nya?
maksudnya, seluruh tubuh kita (wanita) nie adalah aurat kecuali muka dan telapak tangan. kaki, lengan, betis dan anggota badan yang lain adalah aurat dan WAJIB ditutup.
kalau badan, kita tutup dengan baju. kalau kaki, kita tutup dengan kain atau seluar. kalau rambut, kita tutup dengan tudung. macam mana dengan kaki dan lengan kita?
jeng jeng jeng. kita ada STOKING KAKI dan STOKING TANGAN yang sedia membantu. tak susah pun nak cari 'mereka' ni. pergi je kat pasar malam tak pun kedai 2 ringgit. mesti ada! :D
4) TIDAK TABARRUJ
Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seorag wanita sehingga menarik perhatian orang ramai tanpa membuka aurat .. Faham ? hm , sebagai contoh , Tipah memakai make-up , perhiasan di jari , perhiasan di kaki ataupun fesyen yang terlalu menarik perhatian walaupun menutup aurat .. Kesemua perbuatan berhias ini , jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan di mana seseorang wanita itu tinggal dan perhiasan ini menarik perhatian , maka ini dipanggil tabarruj dan ini adalah dilarang ..
Contoh situasi yang menunjukkan tabarruj :
Apabila berjalan , kedengaran bunyi gelang kakinya sehingga ia menarik perhatian orang lain walaupun kakinya tertutup , ini juga dianggap tabarruj dan ini adalah dilarang ..
Apabila seseorang wanita itu memakai sehelai tudung ( fesyen terkini seperti shawl berwarna warni ) dan pemakaiannya telah menarik perhatian orang lain , maka ini dianggap tabarruj dan ini adalah juga dilarang walaupun rambutnya terlindung ..
haaa. sekarang dah jelas tentang cara berpakaian yang menutup aurat dengan sempurna. so, boleh mula pratikkan dalam cara berpakaian kita setiap hari. ^_^
"alaa~ saya dah selesa pakai macam nie. susah la kalau nak tukar cara berpakaian saya nie. "
hmm takpa. cuba ubah sedikit demi sedikit cara berpakaian. kita kena bersungguh-sungguh untuk ubah diri kita yang hina nie. ingat, ALLAH akan sentiasa membantu hambaNYA yang ingin berubah ke arah KEBAIKAN. jadi, kuatkan hatimu wahai sahabat! teruskan menjaga auratmu demi mendapat kasih dan sayang dari ALLAH. Insyaallah :)
"alaa~ saya dah selesa pakai macam nie. susah la kalau nak tukar cara berpakaian saya nie. "
hmm takpa. cuba ubah sedikit demi sedikit cara berpakaian. kita kena bersungguh-sungguh untuk ubah diri kita yang hina nie. ingat, ALLAH akan sentiasa membantu hambaNYA yang ingin berubah ke arah KEBAIKAN. jadi, kuatkan hatimu wahai sahabat! teruskan menjaga auratmu demi mendapat kasih dan sayang dari ALLAH. Insyaallah :)
pintu syurga terbuka luas untuk kita. JOM!
JOM UBAH CARA
BERPAKAIAN KITA ^_^
P/S: post nie untuk memberi peringatan kepada anda serta diri yang hina ni.
MOGA ALLAH REDHA~
-liacomot-
No comments:
Post a Comment