backgrounds

Monday 6 October 2014

Tipah melaporkan...

Assalamualaikum dan salam satu malaysia.

Saya, Tipah binti Majid ingin melaporkan suasana di kompleks sukan.

Hari ini, entah kenapa saya boleh termakan pujuk rayu abang saya, ikut dia pergi main bola kat kompleks sukan. Dan yang lagi teruk,  kiteorang datang sini naik motor. Dah la jauh, pastu kena menonggeng sikit naik motor tuu. Adooiiii, sakit pinggang Tipah. T.T

Oke oke, sementara tunggu angah main bola, kita teruskan dengan laporan.

1) Kreatif
Saya mendapati bahawa kanak kanak kini semakin kreatif. Ada yang menggunakan slide untuk main skate board sebagai gelongsor. Mungkin gelongsor di taman permainan tidak cukup mencabar bagi mereka. Atau pun, mereka saja nak buat ibu mereka marah sebab baju koyak koyak main. Entah lah. Pastu, ada yang guna kan skate board tu sebagai ambulans. Diorang berlakon macam ada accident, pastu ambulans (skate board) datang and bawak pi hospital. Memang drama gila cite diorang tadi. Hahaha. ><

2) Never give up
Bebudak skaters nie, even diorang dah jatuh tergolek, skate board tu dah masuk dalam longkang, seluar dah koyak bagai diorang still bangun and try new style. Jatuh, bangun, sambung main skate. Bagus, never give up. Keep trying. Well done bro ;)

3) Mom, i need u
Sorang budak lelaki nie, around 5 or 6 y/old. Dia nak main skate board, tapi tak retiii. Dia tak reti nak gerakkan skate tu pun. So, dia minta tolong mak dia ajar dia. Mula mula, mak dia pegang tangan dia and tarik dia keliling padang. Dia just berdiri je atas board tuu. Pastu, mak dia ajar dia cara nak skating. Step by step la. Letak sebelah kaki kat atas board sebelah lagi kat tanah. Pastu start tolak kaki perlahan-lahan. Nice laa. Now mak dia tengah ajar dia lagi. Comel. ><

4) sweet sawit sangat
Tadi ada sepasang suami isteri, diorang jogging sesama. Wife dia tu tengah mengandung tau. Time awal awal tu, diorang jalan la sesama. Pastu maybe yang wife dia nie lambat sangat, si suami pun pi la lari keliling padang tu. Tinggalkan wife diaa. Pastu, setiap kali suami dia habis satu round and terserempak dengan wife dia yang baru jalan berapa langkah, suami dia pi ejek-ejek, cakap wife dia lambat macam kura kura laa apa laa. Wife dia tahan geram, nampak laa muka dia berubah. Suami dia keep on mengejek. Pastu tetiba tak nampak dah suami dia. Takde kat padang. (nie tipah la yang tak nampak, maybe wife dia tak perasan kot suami dia takde). Pastu tipah sambung main tab, tetiba dengar ada orang, menjerit terkejut. Tengok-tengok, husband tadi tu pi sergah isteri dia dari belakang. Pastu, taknak bagi wife dia marah, dia dah siap siap beli burger and air untuk wife dia. Hahaha. Sawiiit gilaa kalu tengok depan depan. Ohh emmm gee. Tak tau la nak kata apa. Gua yang tengok nie pun takut kalau kalau isteri dia tu terberanak kat sini sebab terkejut. Hahaha <3

Sepanjang Tipah kat sini, Tipah tak main pape pun. Bukannya apa, tapi kasut sukan ada kat hostel, lupa nak bawak balik. Takkan nak main pakai kasut jalan nie pulak, rosak nanti ayah marah. Haha.
So, tadi Tipah duduk kat tangga, tengok angah main bola. Bila bosan, Tipah pi duduk dekat bangku, dekat dengan bebudak nie main skate board. Haa, kat sini laa macam macam yang Tipah nampak. Termasuk laa yang suami isteri tadi tuu, betul betul depan mata wa. Haha.

Oke, sekian saja berita dari saya, Tipah binti Majid. *Entah mana datang nama nie pun saya taktau. Hehe.

Babai, annyeong!
Muah ciked :*

Friday 13 June 2014

Gelak guling guling ><

Once upon a time, I believe it was a Tuesday
When I caught your eye
And we caught onto something, I hold on to the night
You looked me in the eye and told me you loved me

Were you just kidding? 'Cause it seems to me
This thing is breaking down, we almost never speak
I don't feel welcome anymore
Baby, what happened? Please tell me
'Cause one second it was perfect
Now you're halfway out the door

And I stare at the phone and he still hasn't called
And then you feel so low, you can't feel nothin' at all
And you flashback to when he said, forever and always

Oh, and it rains in your bedroom, everything is wrong
It rains when you're here and it rains when you're gone
'Cause I was there when you said forever and always

Was I out of line? Did I say something way too honest
That made you run and hide like a scared little boy?
I looked into your eyes, thought I knew you for a minute
Now I'm not so sure

So here's to everything, coming down to nothing
Here's to silence that cuts me to the core
Where is this going? Thought I knew for a minute
But I don't anymore

And I stare at the phone and he still hasn't called
And then you feel so low, you can't feel nothin' at all
And you flashback to when he said forever and always

Oh, and it rains in your bedroom, everything is wrong
It rains when you're here and it rains when you're gone
'Cause I was there when you said forever and always

You didn't mean it, baby, I don't think so

Oh, back up, baby, back up, did you forget everything?
Back up, baby, back up, did you forget everything?
Back up, baby, back up, did you forget everything?
Back up, baby, back up

'Cause it rains in your bedroom, everything is wrong
It rains when you're here and it rains when you're gone
'Cause I was there when you said forever and always

Oh, I stare at the phone and he still hasn't called
And then you feel so low, you can't feel nothin' at all
And you flashback to when we said forever and always
And it rains in your bedroom, everything is wrong
It rains when you're here and it rains when you're gone
'Cause I was there when you said forever and always

You didn't mean it, baby, you said forever and always

(end)
__________________________________________________

Kahkahkah! XD

Friday 7 March 2014

Terima Kasih Sebab Lahir :')

Assalamualaikum ~ *loncat loncat*


Selamat Hari Jadi~
Happy Birthday~
Saengil Chukka Hamnida~
Aidil Milad ~




  • Semoga menjadi anak yang baik, yang solehah.
  • Semoga sentiasa berada di bawah redhaNya.
  • Semoga diberikan kekuatan untuk menempuhi dugaan hidup.
  • Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
  • Semoga diberikan kesihatan yang baik.
  • Semoga dipermudahkan proses pembelajaran.
  • Semoga bertemu dengan jodoh yang soleh . wuuuuuu~~ *senyum nakal* hehe
  • Semoga cepat membesar. Hope bila me'e balik Malaysia nanti, me'e lagi tinggi dari meme. -.........-

#LoveAndMissYouAlways
#seventh
#takeCare




Monday 17 February 2014

Stairways to Jannah :)

Assalamualaikum ~ 

Hari tu, kaq Yatt Hamzah datang kat UiTM Segamat. Best yaww. *loncat loncat*


Meh sini meme kongsi pasal talk dia :

-Nak jadi bijak?
 "orang bijak ialah orang yang ingat mati"

-Nak dapat syafaat nabi?
 "basahkan lidah dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad."

-Tanda Iman masih ada
 "hati rasa serba salah bila buat benda tak baik. Rasa kesian kat diri sendiri sebab buat benda tu."

-Macam mana nak Istiqamah?
 1) Ilmu
 2)Berguru
 3)Kawan dengan orang yang baik baik.
 4)Step by step. 
 5)Doa

-Perkara yang rosakkan hati.
 1) Bahas dengan orang jahil.
 2) Selalu buat dosa and malas nak taubat.
 3) Pergaulan tak jaga batas.
 4) Duduk dengan orang yang 'mati' : orang yang hatinya jauuuh dari Allah.

- Mujahadah lawan nafsu
  Allah tengok usaha, bukan hasil. 

-Orang yang rugi?
 orang yang rugi adalah orang yang jauuh dari Allah dan Rasul.

- Best ke buat dosa?
"Buat dosa sangat laah tak best. Tak syok langsung sebab akan tiba satu saat dimana kita akan menyesal yang teramat dengan dosa yang kita buat tu. Keseronokan kat dunia tu apelah sangat kalau nak dibandingkan dengan keseronokan yang super giga tera di Syurga kelak."

- 2 pilihan
"dalam hidup nie, Allah bagi kita 2 pilihan. : Syurga neraka, or Pahala dosa. pilih."

***
Jom jom jom!
Sama sama kita berubah ke arah yang lebih baik. 
Good things take times. Don't give up.

"Jika kita lebih teruk dari semalam, kita tergolong dalam orang yang celaka. Jika kita sama sahaja seperti semalam, kita adalah orang yang rugi. dan jika kita lebih baik dari semalam, kita adalah oran yang beruntung"

Selamat bermujahadah yuollss. :)

Thursday 2 January 2014

TIDOQ!!

jumaat
030114
Di sini, saya Sue ingin memohon maaf kpd admin yg lagi sorg tu (meme comot tu) sbb x tulis mende ni da lame sgt2 woo..maaf ye unnie :3

guys guys...im back (rse cm stranger yg nyemak dlm ni..hahahah)..Saya tak peduli la..msti Meme rse trharu sbb admin yg comel ni da muncul (hahha..okayy. comel?? pfft..tipu je tu).

Done with intro yg bole buat korang mnyampah tu..
Hari ni trbangon lambat lagi..ishh.. (xde lmbat sangat okayy..hehe), dengan penoh ketabahan wa lawan semua setan yg dok melepak kat mata wa ni. Wlaupon beberape kali wa trkandas ni pertengahan jalan tapi wa teros berjuang. Akhirnye selamat gak wa solat Suboh. Wa engat nk landing balek semule tetapi bile memikirkn my mummy tu, wooo x jdik tido la. Satu kepantangan untok beliau dan suami nye (a.k.a ayah wa laarr) kalau nmpak penghuni dlm umah tu tido lpas Suboh. Alamat terbang la bumbung umah tu.

Seriously! kadang2 bile penyakit sawan ngantok sampai, wooo perghh.dahsyat! Umpama menahan ngantok dlm kelas Cikgu Rosli (cikgu sejarah time skola menengah.gerun!)..kompem kne tembak dgn berdas-das peluru berpandu kalau wa bngon lmbat. Beliau dan suaminye selalo berpesan "Jangan tidoq lpas suboh!!! tak elokkk!!! Nanti rezeki x masok."..  dah la anak mereke ni suke tido siang, (nampak x permainan nya di situ??) jadi ni merupakan antara cabaran yg paling mncabar kalau wa dudok umah ( time dok ostel..hehehe..tu laen cite la).

Kadang2 tu wa sanggop merempat dlm stor kat umah tu smbil bawak barang bertimbun (konon2 nak letak barang padahal wa mmbuta barang sejenak..hehe)..ishh ngelat nombor satu. Tapi sebenarnya bukan tak boleh berunding dgn beliau. Anak2 beliau boleh je di beri peluang untok tido if and only if, baru lepas balek dr keje shift malam or terlampau penat or malam tu khusyuk sgt study smpai lupa nak tido or ats sebab2 yg boleh di terime dek akal. Masalah nye kalau kes wa ni laen sikit sbb wa khusyuk sangat study Running man..(nmpak x permainan nye di situ??? hhahaha).

Hakikatnya, betol ke tidak apa yg disampaikn oleh beliau dan suaminya?? hmmm..Tetibe hati aq trgerak nk carik kepastian. Akan ku rungkai segalanya dan aq tak mau idop aq di selubungi misteriii..(hahahhha..poyos tahap goku..oh okayy..tak lawak lngsong). Oke smbong balek.

Aq ni xde la ilmu bergunung sgt wlaupon pena skola agama lime taon (tu la..time skola sombong sgt, x mou crik ilmu bnyk2..padan muke). So, try la search pasal ni.

Aq jumpa artikel ni. Er, artikel ke ni? Sebab pendek sangat. Dekat facebook:

Hadith yang berbunyi maksudnya: "Tidur selepas subuh (waktu pagi) menghalang rezeki" adalah hadith palsu. Begitu juga hadith larangan tidur lepas asar yang maksudnya berbunyi: "Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya" juga tidak sahih.

Bahkan Imam al-Laith bin Sa'd (wafat 175H) antara imam fiqh dan hadith salaf yang masyhur mengingkari hadith larangan tidur selepas asar, dan beliau sendiri biasa tidur selepas asar apabila memerlukan.

Tiada larangan untuk tidur lepas subuh atau lepas asar yang thabit dari Nabi SAW mahupun para sahabat, begitu juga tiada galakan untuknya. Tidur sama ada selepas subuh atau asar boleh dilakukan mengikut kesesuaian suasana dan keperluan seseorang. ~ Fathi Al-Sakandary ~

Dan bila wa check gak video ceramah ustaz2 ni (UAI, Sheikh Nuruddin Al banjari n so on)..mereke pon ade ckp yg isu ni sebenar nye bergantung kpd kemaslahatan seseorg tu. Contoh macam yg my mummy wa ckp la..boleh tido klau time mlm keje crik duet. Dan tido selepas suboh or selepas asar kes nye lebih kurang gak la. Bukan jatoh hukum haram kalau tido time yg wa sebot tu.


Video bawah ni UAI nga ckp pasal hukum tidoq lpas asar..nengok kjap je..tak sampai seminit :)



Sekian saja dr saya (make sure tepuk tangan smpai lenguh..haha) , so sekarang ni kite tau la hukum nye xde la haram kan klau tido lpas suboh or asar. hehehe..tengok la, kalau perlu kite tidoq la pas suboh tu.muehahahaha. (ishh anak dara ape la ni..heee)
p/s : tapi macam yg aq ckp before ni yg aq cetek ilmu sikit..so ni ape yg aq tau la..so kpd sesiapa yg ingin menambah info or mmberi komen..sila lah lakukan yg sedemikian rupa..

                                                                                                                      ~chaw chaw cincau,,Sue~

 


Wednesday 1 January 2014

Kids #3


***

Tengah siap siapkan dekman nak pergi mengaji

Dekman : Kaklang tau tak, kalau kita tidur time mengaji nanti syaitan gelakkan kitaaaa /muka dia time nie tak boleh blah/

Meme : Iyeee? Kenapa syaitan nak gelakkan kita? Biarlah kita nak tidur. Kita kan penat. So, takpe la kan kalau kita tidur time mengaji pun. Kan? /saja nak test sikit budak nie. Hoho/

Dekman : Eh! Mana boleh tidur time mengaji. ALLAH kan suka kalau kita mengaji, nanti dapat pahala. Tu sebab syaitan tu kacau kita, suruh kita tidur. Lepas tu nanti, syaitan gelak kan kita. Hish! Jahat betul la syaitan nie. /muka marah. Tangan silang/

Meme : apa yang man tau pasal syaitan? Muka dia macam mana? Hensem tak?

Dekman : eeehh!! Kaklang! Syaitan tu tak hensem langsung! Muka dia garang sangat. Pastu dia ada tanduk. Kalau kaklang nak tau, syaitan tu suka suruh orang buat jahat. Dia nak bagi kita masuk neraka. Tak boleh la macam tu! Kita nak masuk syurga. Kita nak buat pahala. Jangan lah kacau kita.

Meme : amboi. Jangan berkerut sangat muka tuu. Hahaha. Hmmm, tapi macam mana kalau kaklang dah buat dosa? Boleh ke kaklang masuk syurga?

Dekman : alaaaa, kaklang nie. Kan ALLAH tu baik. Kaklang minta la maaf kat ALLAH. Cakap lah yang kaklang nak jadi budak baik je. Mesti ALLAH maafkan  kaklang. Pastu nanti boleh la kaklang masuk syurga! Yeaaay!

Meme : iyeeee? Betul ke ALLAH tu baik? Mana man tau? /saja nak test dia lagi. Suka tengok muka dia kalau bab bab macam nie. Hahaha/

Dekman : ALLAH tu baik sangaaaaat. DIA bagi man makan, minum. Pastu DIA bagi man bernafas macam nie *tarik and hembus nafas*. Pastu ALLAH bagi man kaki, tangan, mulut, mata, telinga, perut, rambut, macm macam lah! ALLAH tu baik sangaaat. Kalau kaklang tak percaya, tanya kat along. Mesti along pun kata ALLAH tu baik. *tunjuk tunjuk along*

Meme : hahaha. Orait orait. Betul la apa yang man cakap tu. ALLAH tu baik sangaaaaat. Dan ALLAH suka sangat dekat orang yang baik. ALLAH sayang dekat orang yang buat baik, rajin mengaji, tolong mama dengan ayah, orang yang solat and macam macam lagi lah. Kalau kita buat baik, nanti kita masuk?

Dekman : masuk Syurgaaaa! *semangat gila*

Meme : tapiii, kalau kita buat jahat, sakit kan hati mama dengan ayah, tak solat, tak nak pergi mengaji, nanti kita dapat dosa. Nanti kita jadi kawan syaitan. Bila kita jadi kawan syaitan and banyak buat dosa, kita masuk?

Dekman : masuk nerakaaaaaaaa.

Meme : tau pun. So, man kena jadi anak yang baik, adik yang soleh tau! Oke dah, pi mengaji sana. Nanti lambat, ustazah marah. Shooh shooh.

Dekman : ai ai kapten! *tabik spring*

***

Tadaaa.
That's my bro. Dekman, tahun nie dah 6 tahun.

Alhamdulillah,
Banyak benda yang meme belajar dari budak nie.
Thank you ALLAH.