backgrounds

Saturday 28 September 2013

Dr.Me'e, Dr.Natrah, Dr.Ghandi dan Ustazah Atyn. Insyaallah :)

Assalamualaikum! /loncat loncat. Excited/ :)

Sapa nak tahu, me'e kan dia kan nak fly pergi mesir 4/10/2013 nie! Woohoo!! *tepuk tangan.
Nanat, Atyn Zati dgn Ghandi pon sama. Woohooo!!! *tepuk tangan lagi.

Oleh kerana kalian nak pergi sambung study kat negara orang,
Meme nak bagi nasihat sikit nie. Haaaa. Baca tau :3

1) Jaga diri
Kalian jaga diri tau kat sana. Yeee, tau la kat negara orang. Tapi jangan nampak jakun sangat. Buat malu je nanti. Hahaha. Yang si me'e tu, jangan nak loncat loncat kat sana. Nanti tergolek, tak pasal pasal kena pijak dengan orang arab kat sana. Well, awak kan comel, orang tak nampak kalau jatuh. Hikhik :3

2) Jaga kesihatan
Cuaca kat mesir dengan kat Malaysia kan lain. So, jaga kesihatan. Kalau sakit, makan ubat. Jangan degil. Kalau sejuk, pakai baju tebal tebal. Kalau panas, pakai baju, jangan bukak pulak. Nanyi semua orang lari. Hahaha. Oke, tu tak kelakar. :p

3) Jaga pemakanan
Makan ikut waktu. Jangan memilih. Me'e! Makan banyak banyak. Awak kena ada banyak tenaga, baru senang nak belajar. Awak kena makan banyak, baru cepat tinggi! Hahaha. :p

4) kalau nak jalan jalan, guna peta
Haaaaaa. Nie yang meme risau nie. Nanti kalau korang jalan jalan, bawa peta tau! Yelah, mana tau kalau kalau korang sesat ke nanti. Buat naya je.

5) Study smart, work hard, dont be jahat
Hmm. Nanti buat jadual harian, and ikut jadual tu. Bukan just tulis kat kertas je tau. Pastu, jangan buat perangai tau kat sana. Be nice to thers.

6) Jaga adab dalam kelas
Haaa. Jangan bawak perangai lama pergi sana. Tidur dalam kelas, makan dalam kelas, gossip dalam kelas, datang lambat pergi kelas. Hmmm, elakkan semua tu. Lecturer arab nie, tegas tau orang nya. Nanti tak pasal pasal ada yang kena halau keluar kelas. Hahahah. Maluuuuuu woo.

Okayy kalian. Tu je lah. Tak sangka oh korang dah nak fly dah. Hmm. Take care tau kat sana. Ingat lah kami kami yang kat sini. Nanti kalau balik, bawak ole-ole tau! Belikan lah jubah, shawl, untuk meme. Hehehe.

Semoga dipermudahkan segala urusan ya. Semoga ilmu yang dipelajari berkat, boleh dipraktikkan dalam kehidupan. :)

Okay, good luck guys. Gonna miss all of you. :')

P/s: balik malaysia nanti bagitau ah! Boleh kita hangout sesama. :)


 
tata korang. take care ye kat sana 
:')

Thursday 26 September 2013

.

***
"macam mana kau boleh tahan rasa rindu tu?"

"ahhhh. Kau ingat senang ke nak tahan? Perit woo, sakit. Tapi takpa, ALLAH kan ada. He is the best listener. Ngadu puas puas. Even benda tu tak terucap di mulut, tapi DIA tahu apa yang ada dalam hati kita. DIA dengar semuanya. Dan kita kena yakin, DIA sedang mengatur yang terbaik untuk kita."  *wink wink /kenyit mata/ ;)

"eeiii. Tak payah nak wink wink sangat lahh. Tumbuk kang. Hahah. Ohye! time kau buat keputusan tu, kau tak rasa dia akan sedih ke nanti?"

"mak oi. Jangan ganas sangat. Seram aku. Hik hik. Ermm, tipulah kalau aku tak pikir pasal perasaan dia before aku buat keputusan tu. Jangan kata dia, aku pun sedih tau! Hahahha. After aku explain tu, Alhamdulillah, dia faham." *senyum senyum :)

"mana kau dapat kekuatan tu? I mean, gaya kau macam nothing happen je. Macam tak sedih. Siap boleh senyum senyum bagai time cite pasal nie. Hmm. Musykil aku."

"dah tu? Kau nak aku melalak depan semua orang? Pergi tengah tengah padang, pastu menjerit macam orang gila? Hahahha. Agak agak la. Aku sedih sensorang dah la. Orang lain tak payah tau. Kau pun sama, tak payah tau. Hmm, mana aku dapat kekuatan? Erm, aku pun tak pasti. Tapi, aku kena nampak kuat, supaya dia pun boleh kuat sama. Aku kena senyum, supaya dia pun boleh senyum sama. Haaaa.. Ayat aku pulak kaaan. Hahaha." :p

"huiyooo. Ayat klisye. Geli aku. Hahaha. So, kau rasa dia tau apa yang kau rasa sekarang?"

"mesti ah dia tau sebab dia tu stalker oh. Hahaha. Tak tak, gurau. Ermm.. Insyaallah dia tau. Insyaallah, dia faham. Dan Insyaallah, dia akan tunggu. Sebab aku akan tunggu dia jugak. Hold on."

***

Tuesday 17 September 2013

Dah boleh kahwin dah tuu :*

Assalamualaikum! B)

Last monday (16.9.2013) , meme pergi rumah me'e!!! Saja nak jumpa dia before dia fly ke Mesir.Woohhooo~

Things that we did at me'e's house :

1)me'e excited gilaaa dapat jumpa meme. Rinduuu ittew lettew :*

2)nanat buli meme. Perangai tak berubah. Sedih oh T.T

3)Pergi beli bahan bahan untuk MEMASAK! Me'e guna duit dia untuk beli barang tu, nanat drive, meme? Errr, tolong memekak je dalam kereta tu. Hahahah :p

Kalau korang tengok cara si me'e dengan nanat nie beli barang, macam dah besar. Ajet ajet matang. Nak nak lagi bila me'e pilih ikan. Mukaaa diaaaa, macam minta kaki. Hahaha :p

4) start cooking! Memasak sambil menyanyi, main cup pitch, borak, gelak gelak, memang take time lah kaaan. Memasak je dah dekat 1 jam lebih. Perut dah bunyi bunyi sementara tunggu si nanat and me'e nie siap kan makanan.

Nanat = ketua chef. Memang dia yang incharge bab bab dapur nie. Well, dah pakar kan. Jangan judge orang melalui suara tau! Hahaha :p

Me'e = chef biasa biasa jaa. Baru start nak belajar masak. Terkejut mak me'e bila tengok anak eh nak masak. Hahaha.

Meme?hmmm.  Memang TAK lah nak join masak. Tolong sikit sikit ja. Lepas tu, terus pi lari kat baby (adik me'e), main cup pitch. Lagi syiok! Hahah :p

5) start makan! Weehheee~ nie part yang paling best! Yalah, perut dah dapat apa yang diinginkan. Lauk yang diorang masak memang super duper sedap! Ikan masak sweet sour dengan sup mee hoon. Peeeerrgghh! Memang 2 kali trip lah meme makan. Sedap gila tuuu.

Ppsstt ppssstt. Orang tua tua kata, kalau anak dara dah pandai masak, maksud nya dah ready nak kahwin lettew! Hikhik :3 /muka nakal nakal sikit. Ehe/

6) solat, lepak kejap, golek golek, and lawan CUP PITCH! Hahaha. Best best best. Memasing gelabah pegang cawan tu. Me'e main sampai tercampak cawan tu. Nanat pulak banyak salah. Tapi takpa, dye baru belajar, faham tuu. Hmm. Lain kali, learn from MASTER yaaa (ehhemm ehheemm. Muka poyo sambil betul betul kan speck. Ajet ajet MASTER CUP PITCH) B)

7) nanat and me'e hantar meme balik rumah :'(

***

Nah! Tengok ah gambar bawah nie. Korang akan nampak keadaan dapur bila 3 orang anak dara nie memasak. Hahaha :p

Sunday 15 September 2013

. . .

"biasa lah tu manusia. Perasaan. Jiwa. Rasa. Tak pernah kekal" dia kata

"hmm. Betul ah tu. Feeling dah berubah. Jadi lebih parah. Jadi lebih susah untuk disimpan seorang. Rasa lebih susah untuk dikawal. Dan ia jadi lebih, kuat."

Tears drop

/sabar wahai hati/

Thursday 12 September 2013

AL-QURAN :)

Bismillah
 
AL-QURAN
 
A Book that is full of answers,
A Book that makes you cry.
A Book that makes you notice,...
How much harder you can try.
A Book that makes you realize,
What true love really is...
A Book that gives you direction,
for all of life’s tough biz.
A Book that gives you hope,
that Someone somewhere’s watching over you.
A Book that helps you out,
Through all the times your blue.
A Book that was revealed to our beloved Prophet(S.A.W.W),
over a period of 23 years
Once you put faith into this Book,
You can handle worldly fears.
A gift sent down from Heaven,
A treasure from above,
Written proof that shows us
How blessed we are with Allah(SWT’s) love...!!!


bacalah sekurang-kurangnya satu ayat satu hari.
tapi kena, istiqamah.


Tuesday 10 September 2013

Kita Kawan 4


***

"errr. So, any last word for me? Ada apa apa pesanan untuk saya tak?" Hanna cuba mencari topik perbualan sebelum semuanya berakhir.

"errr.. Hmmm... Errr... Hmmmm.. Entah lah. I'm speechless. Awak? Ada apa apa pesanan?" Umar gagap. Dia buntu.

"hmm, ada! Firstly, sory ya sebab tak bagitau awak awal awal pasal conversations saya dengan kaq nawa tu. Pastu, terima kasih sebab memahami. Yeah, terima kasih sangat sangat, saya terharu. Erm, awak jaga diri ya. Jaga kesihatan. Study smart, work hard, dont be jahat. Fokus dalam kelas, jangan tidur. Makan ikut waktu. Be nice to others. Errmm. Apa lagi eh? Alaaa, faham faham lah ye. Saya tak reti nak cakap banyak. Awak? Say something, please." Hanna sengaja menyuruh Umar bersuara. Dia tahu, kalau dia masih teruskan biacara, mungkin air mata nya akan jatuh. Yeah, dia tak nak nampak lemah di depan Umar.

"errrr. Awak pon sama jugak. Study rajin rajin. Moga kita dapat jumpa lagi lepas nie. Hmmm. Awak nie spesel tau. Spesel sangat. Susah saya nak terangkan. Erm, Lepas nie mesti susah gila untuk kita, kan? Tapi takpe, kita cuba ya. Be strong ya, Hanna." pesan Umar. Ringkas, tapi berjaya buat air mata Hanna berderai.

Eh, Hanna! Stop crying! Tak mau la sedih2! Oke, try tukar topik, cepat. Bisik Hanna, lekas dia lap air matanya.

"errr. Oh ye! Umar, nanti kalau awak nak kahwin, jangan lupa jemput saya tau! Saya tunggu berita dari awak. Hehehe" saja Hanna mengusik.

"hahahaha. Oke, baiklah Hanna. Awak pun, saya tunggu berita dari awak jugak. Tapi saya nak awak tahu yang saya dah cakap kat diri saya awak nie gadis yang pertama dan yang terakhir untuk saya, Insyaallah. Okaayyy, dah berapa kali entah saya cakap benda yang sama. Haha. Senget"

Aarrgghhh! Umar nie gedik ah! Jangan ah buat confession mengejut lagi. Eeeiii! Geram! Hanna menahan geram. Dia tak nak marah sebab, yalah, itu mungkin kali terakhir dia dengar confession mengejut dari Umar. Lepas nie dah takda ah.

"hmm. Okaylah Umar. Jaga diri ya. Ada rezeki, kita jumpa lagi. Selamat mencuba! Fighting! May Allah ease everything. Selamat tinggal, kawan. Assalamualaikum." berat untuk Hanna mengakhiri perbualan itu. Ahhh, susah nya!

"yalah Hanna. You too. Take care. Jangan asyik nak pengsan ja nanti. Haha. Oke, ada rezeki kita jumpa lagi ya, Insyaallah. Selamat mencuba! Be strong ya Hanna. Babai, kawan. Waalaikumsalam" balas Umar.

Tuuttt tuuttt tuuttt.

Hanna memutuskan talian.

Ahhh, tak sangka waktunya dah tiba. Hmmm, oke Hanna. Kau kena ready, sebab mula-mula nie memang susah, tapi takpa. Lama lama nanti biasa ah, Insyaallah.

"Umar, terima kasih untuk segalanya. Terima kasih sangat sangat. Oke, wa tunggu berita dari lu. Oh ye, ingat wa dalam doa lu tau. Semoga dipermudahkan segala urusan. Ada rezeki kita jumpa lagi yaa. Take care, Umar."

Ngomel Hanna. Berharap Umar mendengar pesanannya itu, walaupun ianya hampir mustahil.

***

The end :')

Monday 9 September 2013

Kita Kawan 3

Sambungan...

***

"so, awak nak forget saya la eh?" tanya Umar.

"eh no! Bukan macam tu. Macam mana saya nak lupakan awak? Susah gila kot. Saya tak mampu. Awak orang pertama yang buat saya berlari pergi beli topup pepagi buta nie, takkan la saya boleh lupa kan awak. Haha. Saya cuma harap kita jaga pergaulan kita. Less texting and calling next time. Kita kena cari redhaNya. Kita utamakan DIA dulu boleh?" gelabah Hanna memberi penjelasan. Yalah, mana mungkin dia boleh melupakan Umar semudah itu. Mustahil.

"owh. Oke oke. Say faham. I got it. Wahhh. Rasa macam tak percaya yang Hanna yang saya kenal boleh fikir and cakap macam nie. Macam dah matang." ada sedikit sindiran dalam ayat Umar tu. Sarkastik.

"well, i'm big girl. Dah matang lama dah. Dulu orang cakap tak nak percaya. Haa sekarang, naaah! Bukti depan mata" Hanna membalas.

"peeerrgghh. Poyo gila minah nie. Hahaha. Oke, big girl kan. Macam gergasi pun ada jugak. :p oh ye, nak tanya sikit. Errrmmm, your heart still remain the same? Still macam dulu?" yeah, sempat jugak Umar nie menyakat Hanna, macam kejam pun ada jugak.

"iyeee Umar. Jangan risau. Feeling nie still macam dulu, maybe makin bertambah sekarang nie. Haha. Tapi tak tau la kalau ALLAH nak gantikan feeling nie dekat orang lain. Itu saya tak boleh jamin. Hmmm. Awak tu? Nanti kalau kita dah tak texting and calling, awk kena jaga diri tau. Jangan nak nakal nakal sangat. Jaga hati tu" nahh! Hanna saja nak mengenakan Umar semula, hamek kawww.

"wah wah wah! Ayat dia pulak. Hahaha. Hmm, you'll always be first and the last for me, Insyaallah. Yee, wa tau bunyi dia macam poyo sikit, tapi tu la yang wa harap. Kalau betul lu bukan untuk wa sekali pun, wa rasa susah kot nak cari orang macam lu. Lu nie spesel sikit. Lain dari yang lain. Hahahaha. Okayyyy, wa dah start merapu. Macam orang retard pun ada jugak. Haha" otak Umar dah senget senget sikit waktu nie.

"Umar! Lu saja je nak main ayat kan?! Tangan wa dah gigil nie. Dengki oh! Eeiii. Geram! Dush dush dush! Hamek nie!" Hanna geram. Dah banyak kali dia pesan kat Umar supaya jangan buat confession mengejut. Yeee, Hanna memang lemah kalau Umar buat macam tu.

"amboi. Lek lu. Jangan ganas sangat. Hahaha. Takpe takpe, nie kali terakhir awak dengar. Lepas nie takde dah." jawab Umar. Tiba tiba nada suara nya berubah.

Diam. Masing masing memikirkan apa yang akan terjadi lepas nie.

"ahhh. After this, it must be really hard for both of us." Umar tiba tiba bersuara.

"yup, betul tu betul. Lepas nie memang akan jadi sangat susah. Tapi kita kena cuba jugak. Kita kena paksa diri kita. Kita kena ada usaha. For the sake of ALLAH, kita kena jugak. Hanna boleh! Umar boleh! Kita boleh! Fighting!" Hanna cuba berlagak kuat. Waktu itu, dia perlu bagi semangat dan yakinkan Umar. Padahal dia pun risau jugak.

"yeah, thats right. Kita kena cuba. Be strong ya, Hanna. Awak boleh!" Umar bagi semangat. Walaupun dia tak berapa nak semangat.

Diam.

Tak tau kenapa.

Sunday 8 September 2013

Kita Kawan 2

Minggu itu, jadual harian Hanna padat. Test, assignment, quiz, program and so on. Haih, penat.

Satu malam, sedang Hanna menyiapkan tugasan yang diberikan oleh lecturer nya, telefon nya berdering tanda mesej masuk. Nama Umar tertera di skrin telefon. Dia mambaca mesej tersebut.

"I miss it already. I mean the ol'us. Naa...lame crap. But i've read your post. Long oooh until i figured it out why. Em.. You have the right kan. Sorry disturbing. Sleep already? Good night. Take care."

Ehhh? Apa maksud dia nie? Tetiba ja. Tak paham oh. Ngomel Hanna sambil membalas mesej Umar itu. Dia tak faham.

"Eh, dont say that you already forgot. Bout the post. That you want to change tu. Go on. Im only disturbing. Sorry" balas Umar.

Oke, dah ingat dah. Yeah, seperti apa yang dia ramalkan, Umar mesti akan baca post tu.

"entah la. Apa yang awak nak tu for your own sake kot. Baguslah. Own choice, no need me."

Mesej Umar kali ini buat Hanna terdiam, terpampan.

For my own sake? My own choice? Ahhh sudahhh. Dia dah salah faham ni. Adoi ai. Hanna tarik nafas dalam dalam. Cuba untuk memikirkan apa yang perlu dia buat waktu itu.

Oke Hanna. The time has come. Explain to him, make it clear. Jangan takut, dia mesti faham. Kau boleh!  tapiiii, mana nak cari kredit nie? Adoi ai. Waktu macam nie la kredit buat hal. Hish!

Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Hanna terus mencapai tudung dan sweater, lari turun pergi beli topup. Yeah, kerja gila. Tapi tak pe la. Dia nak bagi semuanya jelas malam itu jugak. Kalau tak, hati dia tak tenang.

***

"Assalamualaikum, Umar. Nie saya, Hanna. Err, apa yang awak faham pasal post tu? Yalah, mana tau awak ni lumpy ke, tersalah faham ke? Haha" Hanna cuba berlagak selamba. Tak nak serius sangat.

"Waalaikumsalam. Hmmm,apa yang saya faham? Saya faham ah apa yang awak tulis tu. Awak nak stop, right?"

"Hmmm. Yup, betul la tu." berat untuk Hanna melafazkanya.

"but why? Asal tetiba? "

"hmm. Awak tau kan yang antara awak dan saya nie salah. I mean, cara kita. Texting and calling semua tu sebenarnya haram, kan?" tergagap-gagap Hanna beri penjelasan.

"hmmmmm" pendek jawapan Umar.

Errmmm. Nak cakap apa lagi nie? Oh ye, aku ceritalah pasal conversations between aku dengan kaq Nawa hari tu. Mesti dia faham.

Hanna bercerita panjang lebar. Dia betul betul nak bagi Umar faham. Dia nak semua nya jelas. Dia sambung lagi.

"Awak jangan salah faham. Saya buat nie bukan sebab saya dah tak suka awak, bukan sebab saya dah ada orang lain or what ever la. Saya buat nie sebab saya sayang awak, saya tak nak tarik awak masuk neraka. And also for the sake of ALLAH. Kita kena utamakan cinta DIA dulu. Yes, i do love you. I do miss you. Tapi, cara kita salah. Masa nya belum tiba lagi. Kita masih budak. Still belajar lagi. Buat masa sekarang, saya rasa kita jadi kawan ya? Itu yang terbaik. Insyaallah." air mata Hanna dah jatuh setitik demi setitik. Dia tak sangka waktunya dah tiba.

"Yeah, saya sokong apa yang awak cakap tu. Saya faham. Saya cuba ya. Dan awak pun kena kuat. Be strong. Terima kasih sebab ingatkan saya tentang benda nie." Nada Umar tenang.

Tersentuh Hanna waktu itu. Dia fikir Umar akan sedih or marah dia. Tapi tidak. Ternyata Umar seorang yang memahami.

Terima kasih, Umar.

Saturday 7 September 2013

Kita kawan 1

1 langkah. . .

2 langkah. . .

3 langkah. . .

Lemah.

Hanna pulang ke bilik. Baru balik daripada perjumpaan USRAH. Hari itu, topik yang dibincangakn oleh akak usrah, Kaq Nawa adalah tentang 'HATI KITA MILIK SIAPA?'. Lebih kurang pasal masalah hati and so on la.

Tiba tiba langkah Hanna terhenti. Tak mampu melangkah. Terasa begitu lemah bila teringat kata kata akak usrahnya itu.

***

"Assalamualaikum, kaq :) errr. Saya nak tanya sikit, boleh?"

"Waalaikumsalam. Ye Hanna yang manis. Nak tanya? Haaa. Nie mesti soal hati kan? Hahaha"

"ehh??? Mana tau nie?" muka Hanna dah naik merah. Malu.

"haha. Muka Hanna kerut kerut time akak cerita dalam usrah tadi. Obvious gila kot. Haha. Okayy, tanyalah. Insyaallah, akaq jawab mana yang boleh :)"

"hahaha. Okayyy. Err. Akak, saya tau couple itu haram. Tapiii, dalam kes saya nie macam lain sikit. Nak kata kiteorang couple macam tak. Nak kata kiteorang kawan pon tak. Nak kata kiteorang musuh, lagiii jauh. Haha. Tapii, feeling tu ada lah." Hanna tunduk.

"ehh?? Korang nie pelik. Hahaha. Hmmm, Hanna. Cinta itu fitrah. ALLAH tak larang hambaNya bercinta. Sebab cinta itu merupakan salah satu nikmat yang ALLAH beri kepada kita. Tapiii, kita kena ingat, cinta kita terhadap manusia tak boleh melebihi cinta kita kepada ALLAH. ALLAH pencipta kita, Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. HE is the only ONE and always be the ONE that we love. So, let ALLAH be the ONE for us :)" Kaq Nawa menjawab dengan tenang, senyum manis.

"perrgghh. Ayat akak pulak, saja nak bagi double slaps kat saya kan! Dalam woo~~"

"hahaha. Double slaps apa pulak. Akak cakap benda betul laa. Tak kan la akak sanggup nak slap adik usrah akak yang manis nie. Haha. Oh ye, Hanna dengan 'dia' selalu contact? Dating or what ever, pernah?"

"Dating and so on tu tak pernah, alhamdulillah. But, contact tu ada la. Erm, kerap jugak la kiteorang contact. Tanya khabar masing masing, sihat or tak. Yalah, lama tak jumpa, jauh di mata." suddenly, mata Hanna mula bergenang. All those conversations between Hanna and Umar came into her mind. Ahh, she miss him already, badly.

"eh, asal mata tu berair? haaa. Nie mesti teringat kat dia la nie? Hmm. Meh sini akak peluk" kaq Nawa tarik Hanna dan terus dipeluknya. Dia usap belakang Hanna. Dia faham perasaan Hanna waktu itu. Yalah, tak semua boleh tahan rasa rindu yang tebuku di hati.

"Hanna, do you love him that much?"

Hanna mengangguk. Air mata jatuh lagi. Ahhhh. Dia memang lemah bab bab cinta nie.

"Hanna, kalau Hanna sayang dia, Hanna mesti taknak tarik dia masuk neraka kan?"

Prang prang! *double slaps. Hanna terdiam. Terkejut.

"Hanna, I dont ask you to forget him, no. Akak faham, sangat susah untuk kita lupakan orang yang kita sayang. Sangat susah. Melupakan dan menjaga adalah dua perkara berbeza. Macam yang akak kata tadi, cinta itu fitrah. Itu normal. Tapi kita kena ingat, ada batas yang kita kena jaga. Kita tak boleh la nak texting and calling selalu. Well, syaitan is everywhere, anytime. Diaorang akan cuba untuk sesatkan kita. Kadang kadang tu, dia buat kita menghalalkan perkara yang haram. Contoh, dia buat kita rasa yang texting and calling itu biasa, normal. Konon benda tu tak berdosa. Padahal, ALLAH dah suruh kita jangan mendekati zina. Jelas dan nyata. Got what i mean, dear?"

***

Yup,
Syaitan is everywhere, anytime.

Hanna menarik nafas dalam dalam. Cuba tenangkan diri.

Dia teruskan langkah yang lemah itu, balik bilik.

***

Lepas solat zuhur, Hanna duduk seketika. Muhasabah diri. Fikir tentang hubungan antara dia dan Umar. Dia diam.

Aku tak mampu. How come aku nak tinggalkan orang yang aku sayang? Ahhhh! Susah nya!

Teringat perbualan antara dia dan kaq Nawa.

***

"Tapi kaq, saya tak kuat. Macam mana nak cakap kat dia? Nanti kalau dia sedih macam mana? Kalau dia marah saya macam mana? And lagi satu, kalau kiteorang tak contact, nanti dia pergi kat perempuan lain. Ahhh, parah ah!" Hanna tembak berdas-das soalan. Terpancar kerisauan di wajahnya.

"hahahaha. Hanna Hanna. Risau ye? Hmm, Yakin dan percaya sepenuhnya pada ALLAH. Yakin dengan aturan yang telah ditetapkan olehNya. Insyaallah walau jauh mana pun korang pergi, walau lama mana korang tak contact and tak jumpa, tapi kalau nama dia dah tertulis untuk Hanna, so ia akan jadi jugak. Jangan risau. Lagi pun, kalau Hanna contact dia selalu pun, itu tak menjanjikan apa apa. Tak semestinya dia untuk awak. Oh ye, kalau dia sayang Hanna, dia mesti faham perkara nie. Dia akan hormat keputusan awak, Insyaallah. Lagi pun, ini adalah jalan terbaik untuk awak dan dia. Insyaallah dia faham. And akak yakin, dia seorang yang memahami, thats why you fall for him right?" kaq Nawa senyum, muka nakal nakal sikit. Hehe.

***

Yeah, dia seorang yang memahami. Insyaallah dia akan faham. Umar dah cukup besar untuk fikir mana yang baik dan yang buruk, matang. :')

*********

Okayyy. Tetiba rasa nak buat cerita. Saja.
:)

Tuesday 3 September 2013

Indah <3

Taman bunga yang luas, cantik.
Rama-rama beterbangan,
Burung berkicauan
Angin sepoi-sepoi,
Langit biru, cerah.

Ahhh, indah nya. Tempat apa nie? Tak pernah tau pun.

Teruskan langkah, menikmati keindahan alam,
Sesungguhnya, DIA yang mencipta segala apa yang berada di langit dan di bumi.
Subhanallah, Maha Suci Allah.

Ada sebuah pohon rendang,
Kelihatan seorang lelaki sedang duduk berteduh di bawah pokok itu.

Ehhh? Siapa tu? Ada orang rupanya kat sini. Aku ingat kan aku sorang je tadi. Fuuhh, lega.

"Assalamualaikum. Encik, kita kat mana nie? Cantik nya tempat nie."

Lelaki itu diam. Tak menjawab.

"Assalamualaikum /jerit kuat sikit/. Encik, kita kat mana nie? Encik tau tak?"

Senyap.

Tiba tiba,
Lelaki tu berdiri sambil membetulkan baju dan rambut nya.
Waktu itu, angin terasa begitu nyaman.
Jantung tiba tiba berdegup kencang,
Menanti dengan penuh debaran menunggu lelaki itu pusing ke belakang,
Teringin nak lihat wajahnya itu.

1...

2...

3...

Meme, bangun. Dah subuh.

Buka mata perlahan lahan. Nampak muka roomate.

Adessss. Sikit lagi! Aaarrgghh! Nak sambung tidur balik ah. Nak tau siapa lelaki tu. Haish.

Duduk, kemudian bangun pergi bilik air dengan malas nya.

Ahhhh, gedik betul la lelaki tu! Saja nak pusing lambat2. Hish! Geram. /muka tak puas hati/ :<

***

Jeng jeng jeng.
Mimpi apa nie? /muka gedik/ :3
Hahaha.