backgrounds

Monday 17 February 2014

Stairways to Jannah :)

Assalamualaikum ~ 

Hari tu, kaq Yatt Hamzah datang kat UiTM Segamat. Best yaww. *loncat loncat*


Meh sini meme kongsi pasal talk dia :

-Nak jadi bijak?
 "orang bijak ialah orang yang ingat mati"

-Nak dapat syafaat nabi?
 "basahkan lidah dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad."

-Tanda Iman masih ada
 "hati rasa serba salah bila buat benda tak baik. Rasa kesian kat diri sendiri sebab buat benda tu."

-Macam mana nak Istiqamah?
 1) Ilmu
 2)Berguru
 3)Kawan dengan orang yang baik baik.
 4)Step by step. 
 5)Doa

-Perkara yang rosakkan hati.
 1) Bahas dengan orang jahil.
 2) Selalu buat dosa and malas nak taubat.
 3) Pergaulan tak jaga batas.
 4) Duduk dengan orang yang 'mati' : orang yang hatinya jauuuh dari Allah.

- Mujahadah lawan nafsu
  Allah tengok usaha, bukan hasil. 

-Orang yang rugi?
 orang yang rugi adalah orang yang jauuh dari Allah dan Rasul.

- Best ke buat dosa?
"Buat dosa sangat laah tak best. Tak syok langsung sebab akan tiba satu saat dimana kita akan menyesal yang teramat dengan dosa yang kita buat tu. Keseronokan kat dunia tu apelah sangat kalau nak dibandingkan dengan keseronokan yang super giga tera di Syurga kelak."

- 2 pilihan
"dalam hidup nie, Allah bagi kita 2 pilihan. : Syurga neraka, or Pahala dosa. pilih."

***
Jom jom jom!
Sama sama kita berubah ke arah yang lebih baik. 
Good things take times. Don't give up.

"Jika kita lebih teruk dari semalam, kita tergolong dalam orang yang celaka. Jika kita sama sahaja seperti semalam, kita adalah orang yang rugi. dan jika kita lebih baik dari semalam, kita adalah oran yang beruntung"

Selamat bermujahadah yuollss. :)