backgrounds

Monday 6 October 2014

Tipah melaporkan...

Assalamualaikum dan salam satu malaysia.

Saya, Tipah binti Majid ingin melaporkan suasana di kompleks sukan.

Hari ini, entah kenapa saya boleh termakan pujuk rayu abang saya, ikut dia pergi main bola kat kompleks sukan. Dan yang lagi teruk,  kiteorang datang sini naik motor. Dah la jauh, pastu kena menonggeng sikit naik motor tuu. Adooiiii, sakit pinggang Tipah. T.T

Oke oke, sementara tunggu angah main bola, kita teruskan dengan laporan.

1) Kreatif
Saya mendapati bahawa kanak kanak kini semakin kreatif. Ada yang menggunakan slide untuk main skate board sebagai gelongsor. Mungkin gelongsor di taman permainan tidak cukup mencabar bagi mereka. Atau pun, mereka saja nak buat ibu mereka marah sebab baju koyak koyak main. Entah lah. Pastu, ada yang guna kan skate board tu sebagai ambulans. Diorang berlakon macam ada accident, pastu ambulans (skate board) datang and bawak pi hospital. Memang drama gila cite diorang tadi. Hahaha. ><

2) Never give up
Bebudak skaters nie, even diorang dah jatuh tergolek, skate board tu dah masuk dalam longkang, seluar dah koyak bagai diorang still bangun and try new style. Jatuh, bangun, sambung main skate. Bagus, never give up. Keep trying. Well done bro ;)

3) Mom, i need u
Sorang budak lelaki nie, around 5 or 6 y/old. Dia nak main skate board, tapi tak retiii. Dia tak reti nak gerakkan skate tu pun. So, dia minta tolong mak dia ajar dia. Mula mula, mak dia pegang tangan dia and tarik dia keliling padang. Dia just berdiri je atas board tuu. Pastu, mak dia ajar dia cara nak skating. Step by step la. Letak sebelah kaki kat atas board sebelah lagi kat tanah. Pastu start tolak kaki perlahan-lahan. Nice laa. Now mak dia tengah ajar dia lagi. Comel. ><

4) sweet sawit sangat
Tadi ada sepasang suami isteri, diorang jogging sesama. Wife dia tu tengah mengandung tau. Time awal awal tu, diorang jalan la sesama. Pastu maybe yang wife dia nie lambat sangat, si suami pun pi la lari keliling padang tu. Tinggalkan wife diaa. Pastu, setiap kali suami dia habis satu round and terserempak dengan wife dia yang baru jalan berapa langkah, suami dia pi ejek-ejek, cakap wife dia lambat macam kura kura laa apa laa. Wife dia tahan geram, nampak laa muka dia berubah. Suami dia keep on mengejek. Pastu tetiba tak nampak dah suami dia. Takde kat padang. (nie tipah la yang tak nampak, maybe wife dia tak perasan kot suami dia takde). Pastu tipah sambung main tab, tetiba dengar ada orang, menjerit terkejut. Tengok-tengok, husband tadi tu pi sergah isteri dia dari belakang. Pastu, taknak bagi wife dia marah, dia dah siap siap beli burger and air untuk wife dia. Hahaha. Sawiiit gilaa kalu tengok depan depan. Ohh emmm gee. Tak tau la nak kata apa. Gua yang tengok nie pun takut kalau kalau isteri dia tu terberanak kat sini sebab terkejut. Hahaha <3

Sepanjang Tipah kat sini, Tipah tak main pape pun. Bukannya apa, tapi kasut sukan ada kat hostel, lupa nak bawak balik. Takkan nak main pakai kasut jalan nie pulak, rosak nanti ayah marah. Haha.
So, tadi Tipah duduk kat tangga, tengok angah main bola. Bila bosan, Tipah pi duduk dekat bangku, dekat dengan bebudak nie main skate board. Haa, kat sini laa macam macam yang Tipah nampak. Termasuk laa yang suami isteri tadi tuu, betul betul depan mata wa. Haha.

Oke, sekian saja berita dari saya, Tipah binti Majid. *Entah mana datang nama nie pun saya taktau. Hehe.

Babai, annyeong!
Muah ciked :*