backgrounds

Tuesday 30 July 2013

Marah tanda sayang :*

Assalamualaikum! :-)

Hari nie meme belajar something daripada seekor ulat lampu yang agak ganas. Ehe.

Pagi tadi, lepas sahur tu pergi la toilet, gosok gigi. Tengah gosok gigi tu, tiba tiba meme nampak ulat lampu kat sinki. Tapi sian dye, dye terbalik. I mean dye macam terjatuh ke belakang macam tu la, tak boleh bangun. Siaan dye.

Sambil gosok gigi, sambil tenung ulat tuu. Dye beriya-iya nak cuba bangun, tapi tak dapat dapat. Dye cuba lagi. Dan gagal. Kesian.

"hmm. Takpe la. Meh sini aku tolong kau bangun. Sian kau. Bontot besar sangat, tambah lagi dengan berat kepak kau tu. Haih. Takpe2, aku tolong yee." :)

So, meme pusingkan badan ulat tu dengan jari. Alhamdulillah. Dye dapat bangun. :)

Tapi,
Lepas dye bangun, tetiba dye sengat/gigit meme. Ades! Sakit woo.

"apa nie? Aku dah tolong kau, kau gigit aku? Ceit. Nak ngajuk ah cenggini. Tak nak tolong kau lagi :p"

"eh jap. Maybe nie cara ulat tu nak cakap 'terima kasih meme yang manis lagi baik hati'. Yelaa. Aku mana la faham bahasa ulat ulat nie. So, dye nak tunjukkan yang dye berterima kasih sangat dekat aku dengan pedih nya sengat dye tuu. Lagi sakit rasa sengat tu, lagi sayang la dye kat aku. Oooo. Okeng, faham dah. I love you too, ulat. Seronok rasa kena sengat dengan kau. Thanks"  /cuba untuk berfikiran positif./

Jeng jeng jeng!

So, kita kena faham yang lain orang, lain cara dye tunjuk yang dye sayang kat kita. Semua orang tak sama.

Ada yang buat dengan kita untuk tunjukkan betapa dye sayang kita. Contoh, dye selalu belanja milo ais, tolong ironkan baju sekolah, tolong buat keja rumah, tolong suapkan makan, tolong mandikan *melampau kayy.

Ada pulak yang rasa marah itu tanda sayang. Contoh, mama marah kalau perangai meme tak senonoh. Sebab apa mama marah? Sebab dye tak nak meme kena reject daripada menjadi calon isteri solehah. Ececeh. Haha. Kalau pimo pulak. Dye marah kami2 nie tak kemas dorm, siap lambat, makan lambat n others. Kenapa? Sebab dye nak kami2 nie jadi perempuan melayu terakhir. Supaya pakwe memasing tak lari /kecuali meme/.Hahaha. Faham tuu. :*

Ada pulak yang lagi pelik. Dye nak tunjuk kan yang dye sayang kita dengan dye buat tak kesah je dengan kita. Secara fizikal nya kita tak rasa pun yang dye sayang kita sebenarnya. Yelaa, marah tidak, caring pun tidak, buat tak tau jee. Pelik. Tapi percayalah, orang macam nie memang wujud. Serius.

Jadi, kepada anda anda yang merasakan tak de orang yang menyayangi anda, jangan begitu. Buka minda, buka hati. Ramai je yang sayang kita sebenarnya tanpa kita sedar. So, keep calm okayy. Jangan nak sedih sangat la kaan.

Tapi tapi tapi!
Kalau betul la takde orang yang sayang kat hangpa, jangan risau, jangan sedih. ALLAH kan ada.
"la tahzan ya sodiqi. InnaALLAH maa'na" B-)

Oh ye! Kalau meme, meme lagi suka orang yang jenis suka buat baik dengan kita, lembut dengan kita, manis-manis dengan kita. Tapi, bila kita buat salah, diorang tegur dengan baik. Dye tak biarkan kita buat benda salah tu. Dye nak kita berubah ke arah lagi baik. Kenapa? Sebab dye nak pimpin tangan kita masuk SYURGA sama-sama, InsyaAllah..  Awww, manis. :)

Dan orang-orang tu, meme dah jumpa. Ramai. Yup, thanks a lot to mama, ayah, along, angah, dekmi,dekman, nenek, atok, cikgu cikgu, ustaz ustazah, sue, me'e, aziah, pimo, pqa, nadh, iekang, awak, awak, awak, awak, dan awak. Hahaha. Parah la nak senaraikan semua tuu. Ramai, lenguh tangan.

Awak awak awak
Anda anda anda
Kamu kamu kamu
Thanks yee. :')

Oh ye, thanks a lot jugak kepada ulat lampu tuu. I've learned something important from you. Thank you, MASTER :p


 
iftar kat sekolah 

Tuesday 16 July 2013

Bersarang sudaaaah. B-)

Assalamualaikum /jerit/ :)

Lama gila tak update blog. Dah bersarang blog nie. Haih, ape la sue nie. Meme add sue jadi author blog nie supaya sue boleh update cerita, sebab, meme nie pemalas sikit. Rupa-rupa nya, sue pun sama macam meme. 2x5=10! Pemalas!  Haha :p

* * * * * *

Uitm Segamat, Johor.
Meme now jadi orang segamat, sama dengan pimo. Akhir nye dapat jugak keluar dari negeri sembilan. Yeay! *tepuk tangan B-)

Meme amek sama course dengan pimo, Quantitative Science :-) Alhamdulillah, semua nye oke kat sini. Lecturer dye awesome, subjek dye best! Tapi... Kat sini tak da mall!  sedih. :'( paling hebat pun, Wangsegamat. Macam terminal1 kat seremban tu je.. Tapi oke la, better then nothing right? Alhamdulillah.
Kolej meme jauh dari kelas. Kena gerak dari bilik 10 minit awal *nie pun jalan macam dah berlari tau. Haha. Thats why meme bertambah kurus dok sini, tak sempat nak gemok pun. :'/

Seperti biasa,
I'm the TALLEST girl. -..- kekadang tu, kesian pulak tengok bro bro yang lalu sebelah meme nie, kurang ketinggian. Haih, lain kali makan kalsium ye bro :) time awal-awal masuk tu, soalan paling common yang meme kena jawab, hampir setiap masa :

"tinggi awak berapa?"  "tinggi saya 175cm /senyum/ :)"   "oooo. Oke. /mata buntang :o/"

"family pun tinggi jugak ke?"   "haah. Semua tinggi2. Paling tinggi, ayah. Paling pendek, dekman, 5 tahun paras pinggang /senyum/ :)"   "apa?! /mata buntang, mulut terbuka dengan luas nye. Terkejut mungkin/"

Lepas tu, diorang akan tanya pasal ketinggian keluarga. Deeyy, come on la. Tanya lah soalan lain, teringin jugak. Haih.
Oke, stop cerita pasal tinggi. -..-

Kiteorang wajib amek koko sampai part 3. So, meme dengan pimo join JPAM! Haa kaw! Tak pernah-pernah join JPAM, tetiba join. Dan seperti biasa, meme jadi PENANDA! memang tu tempat meme dari sekolah lagi. Haha. Nasib baik step kawad sama macam kadet polis, kalau tak, hmm huru hara. Oh ye, meme dengan pimo join komander jugak! Huiiyooo *tepuk tangan. Deakbak!

Kat sini, meme dengan pimo mewajibkan diri kiteorang untuk solat maghrib dengan isya'  dekat masjid. Join semua aktiviti yang masjid buat. Yelaa, kat sini kena cari sendiri ilmu agama tu. Kalau kat sekolah dulu, semua dah siap, pstu depends la nak terima or tak. Tapi kat sini bukan macam tu, cari sendri, usaha lebih. Alhamdulillah, urusan dipermudahkan olehNya. :)

Tapi tapi tapi...
Meme rindu sangat kat awak awak awak nie. Rindu kegilaan kita. Rindu manja-manja kita. Rindu gedik-gedik kita. Rindu tumbuk-tumbuk, sepak-sepak kita. Rindu kejar-kejar kita. Rindu cerita-cerita kita. Rindu gelak ketawa kita. Rindu tangis yang kita kongsi bersama. Rindu pelukan yang dirasakan penuh kasih sayang. Rindu salam sambil laga-laga pipi. Indah, manis. :')

*spechless

K, Take care of your health. Study smart, work hard, don't be jahat. Jaga diri, jaga hati, jaga iman. :')

Love and miss you always :'*


 
moment makan kami :]



 
gedik-gedik cari tampat nak snap gambar. haha 



 
meme dengan pimo baru balik dari masjid. baru lepas cerita-cerita pasal awak awak awak 
:/



 
event kita yang terbaru, right? bila nak hang out lagi nie
? :'/